topbella

Tuesday, October 5, 2010

Pengendalian Tumpahan Sisa Bahan Kimia


Bahan pepejal stabil pada suhu bilik seperti serbuk zink
Cara Pengendalian ~ Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Asid
Cara Pengendalian ~ Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh dengan air berlebihan dan salurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk menuetralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air yang banyak. Baki tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid tersebut.

Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris
Cara Pengendalian ~ Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan air dan sabun. Selepas itu kawasan itu hendaklah dilap sehingga kering.

Pelarut mudah meruap
Cara Pengendalian ~ Jika tumpahan sedikit lapkan dengan kain yang kering dan terus dibuang ke dalam bekas sisa yang sesuai. Tumpahan banyak dibersihkan dengan menggunakan mop yang kering dan mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih.

Merkuri
Cara Pengendalian ~ Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran yang cukup. Jika tumpahannya sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur atau zink dan bersihkan. Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri boleh juga digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri.

0 comments:

Post a Comment

❤ Me ❤

My photo
Taiping, Perak, Malaysia
i luv Allah swt... i luv my husband... i luv my family...
 
@ bIntAngHatI© DiseƱado por: Compartidisimo