topbella

Thursday, October 14, 2010

Tatacara Pembelian Peralatan

 
Senarai pembelian hendaklah berpandukan kepada stok di akhir tahun.
 
Sebut harga perlu diperolehi daripada syarikat pembekal sains sebelum pembelian dilakukan.
 
Perbincangan dan persetujuan perlu diperolehi dengan Ketua Bidang Sains atau Guru Kanan Matapelajaran sebelum pembelian dilakukan.
 
Bagi pembelian bahan dan perlatan sains semasa berada dalam tempoh persekolahan hendaklah berbincang dengan Ketua Bidang Sains dari segi keperluan dan kuantiti serta kemampuan kewangan.
 
Memastikan Nota Minta atau KEW.PS-11 dicatatkan sebelum ianya diluluskan oleh Pentadbir Sekolah (Pengetua)


Tuesday, October 5, 2010

Pengendalian Tumpahan Sisa Bahan Kimia


Bahan pepejal stabil pada suhu bilik seperti serbuk zink
Cara Pengendalian ~ Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Asid
Cara Pengendalian ~ Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh dengan air berlebihan dan salurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk menuetralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air yang banyak. Baki tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid tersebut.

Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris
Cara Pengendalian ~ Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan air dan sabun. Selepas itu kawasan itu hendaklah dilap sehingga kering.

Pelarut mudah meruap
Cara Pengendalian ~ Jika tumpahan sedikit lapkan dengan kain yang kering dan terus dibuang ke dalam bekas sisa yang sesuai. Tumpahan banyak dibersihkan dengan menggunakan mop yang kering dan mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih.

Merkuri
Cara Pengendalian ~ Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran yang cukup. Jika tumpahannya sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur atau zink dan bersihkan. Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri boleh juga digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri.

Monday, October 4, 2010

Tatacara Mengawasi Langkah2 Keselamatan Dlm Makmal Sains


 1.  Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains (Peraturan bagi Pelajar) 
    :: Tindakan ~ Guru Sains/Ketua Pembantu Makmal/Pembantu Makmal :: 
     
    2.  Pelajar perlu menandatangani satu perakuan Peraturan Makmal Sains yang disediakan.

    :: Tindakan ~ Pengetua/Ketua Bidang Sains ::  

    3.  Papan tanda atau petunjuk Prosedur Keselamatan Makmal Sains (Bahaya Bahan Kimia) disediakan di setiap makmal sains termasuk peraturan, pelan laluan kecemasan, peralatan peti kecemasan, baldi berisi pasir dan peralatan melawan kebakaran.

    :: Tindakan ~ Guru Sains/Pembantu Makmal :: 

    4.  Memastikan peralatan-peralatan di para 3 berada dalam keadaan berfungsi dan diperiksa mengikut jadual yang ditetapkan.

    :: Tindakan ~ Guru Sains/Pembantu Makmal :: 
      
    5.  Memastikan semua Pembantu Makmal memahami prosedur dan langkah-langkah keselamatan termasuk keselamatan pengendalian tumpahan bahan-bahan kimia beracun, toksik, radioaktif, berbahaya, meruap, merengsa, menghakis, meletup, mudah terbakar dan bahan mikroorganisma.

    :: Tindakan ~ Pembantu Makmal ::  

    6.  Memastikan pengendalian bahan eksperimen oleh pelajar seperti peralatan, bahan sains, larutan kimia, alatan elektrik dan bahan biologi dikendalikan dengan cara yang betul dan selamat serta diawasi atau dibawah pengawasan guru dan Pembantu Makmal.

    :: Tindakan ~ Guru Sains/Pembantu Makmal ::  

    7.  Hendaklah mengadakan latihan kecemasan kebakaran kepada semua pelajar oleh pentadbir sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

    :: Tindakan ~ Pentadbir/Ketua Bidang Sains :: 


    Sunday, October 3, 2010

    Open House Umah Tok&Opah


    Balik minggu ni, aku 'dikejutkan' dengan rumah terbuka di rumah tok&opah @ kampung jambu. 
    hahaha..ingat open house simple2 jew. Upe2nyer leh wat majlis kenduri kawen ni.he2..
    Memang meriah...! Bab makan tak leh nak citer la..macam2 ada..
    Sental punyer sental pai sakit lagik perut aku ni.
    Gemuk tak jugak! hu3. Husband aku ye la..bertambah2 tome... ngeee...(jangan marah ucuk!)  
    Malam lak, poteng kek sempena besday abg pian (biras aku).
    Jeng..jeng..jeng..xsangka lak, nama aku pun 'ditumpangkan' skali tuk besday aku (w/pun blum lg b'day aku).
    hakhakhak...walaupun nama aku dekat kek tu xdak, tapi aku potong gak..
    huhuhu..sedey..maklum la..ahli baru. xregister lagik.
    Semakin meningkat dah umo aku ni...tapi always young! hahaha..
    Syioknyer!!!

    nyum nyum nyum!!


    ❤ Me ❤

    My photo
    Taiping, Perak, Malaysia
    i luv Allah swt... i luv my husband... i luv my family...
     
    @ bIntAngHatI© DiseƱado por: Compartidisimo