- Larangan merokok, makan, minum dalam makmal dipatuhi.
- Makanan dan minuman tidak disimpan dalam makmal, peti sejuk atau bekas yang digunakan bagi tujuan amali.
- Mempipet larutan dengan menggunakan pengisi pipet.
- Bahan Kimia berbahaya digunakan dalam kebuk wasap atau tempat yang ditetapkan.
- Permukaan tempat kerja dibasmi kuman selepas menjalankan kerja amali dan selepas berlakunya tumpahan.
- Jarum picagari sentiasa tertutup.
- Pakaian keselamatan dan alat perlindungan sentiasa digunakan.
- Gogal digunakan apabila diperlukan.
Wednesday, November 3, 2010
Amalan Kerja Makmal
Thursday, October 14, 2010
Tatacara Pembelian Peralatan
Senarai pembelian hendaklah berpandukan kepada stok di akhir tahun.
Sebut harga perlu diperolehi daripada syarikat pembekal sains sebelum pembelian dilakukan.
Perbincangan dan persetujuan perlu diperolehi dengan Ketua Bidang Sains atau Guru Kanan Matapelajaran sebelum pembelian dilakukan.
Bagi pembelian bahan dan perlatan sains semasa berada dalam tempoh persekolahan hendaklah berbincang dengan Ketua Bidang Sains dari segi keperluan dan kuantiti serta kemampuan kewangan.
Memastikan Nota Minta atau KEW.PS-11 dicatatkan sebelum ianya diluluskan oleh Pentadbir Sekolah (Pengetua)
Tuesday, October 5, 2010
Pengendalian Tumpahan Sisa Bahan Kimia
Bahan pepejal stabil pada suhu bilik seperti serbuk zink
Cara Pengendalian ~ Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.
Asid
Cara Pengendalian ~ Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh dengan air berlebihan dan salurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk menuetralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air yang banyak. Baki tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid tersebut.
Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris
Cara Pengendalian ~ Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan air dan sabun. Selepas itu kawasan itu hendaklah dilap sehingga kering.
Pelarut mudah meruap
Cara Pengendalian ~ Jika tumpahan sedikit lapkan dengan kain yang kering dan terus dibuang ke dalam bekas sisa yang sesuai. Tumpahan banyak dibersihkan dengan menggunakan mop yang kering dan mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih.
Merkuri
Cara Pengendalian ~ Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran yang cukup. Jika tumpahannya sedikit, litup merkuri dengan serbuk sulfur atau zink dan bersihkan. Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri boleh juga digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri.
Monday, October 4, 2010
Tatacara Mengawasi Langkah2 Keselamatan Dlm Makmal Sains
1. Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains (Peraturan bagi Pelajar)
:: Tindakan ~ Guru Sains/Ketua Pembantu Makmal/Pembantu Makmal ::
2. Pelajar perlu menandatangani satu perakuan Peraturan Makmal Sains yang disediakan.
:: Tindakan ~ Pengetua/Ketua Bidang Sains ::
3. Papan tanda atau petunjuk Prosedur Keselamatan Makmal Sains (Bahaya Bahan Kimia) disediakan di setiap makmal sains termasuk peraturan, pelan laluan kecemasan, peralatan peti kecemasan, baldi berisi pasir dan peralatan melawan kebakaran.
:: Tindakan ~ Guru Sains/Pembantu Makmal ::
4. Memastikan peralatan-peralatan di para 3 berada dalam keadaan berfungsi dan diperiksa mengikut jadual yang ditetapkan.
:: Tindakan ~ Guru Sains/Pembantu Makmal ::
5. Memastikan semua Pembantu Makmal memahami prosedur dan langkah-langkah keselamatan termasuk keselamatan pengendalian tumpahan bahan-bahan kimia beracun, toksik, radioaktif, berbahaya, meruap, merengsa, menghakis, meletup, mudah terbakar dan bahan mikroorganisma.
:: Tindakan ~ Pembantu Makmal ::
6. Memastikan pengendalian bahan eksperimen oleh pelajar seperti peralatan, bahan sains, larutan kimia, alatan elektrik dan bahan biologi dikendalikan dengan cara yang betul dan selamat serta diawasi atau dibawah pengawasan guru dan Pembantu Makmal.
:: Tindakan ~ Guru Sains/Pembantu Makmal ::
7. Hendaklah mengadakan latihan kecemasan kebakaran kepada semua pelajar oleh pentadbir sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Sunday, October 3, 2010
Open House Umah Tok&Opah
Balik minggu ni, aku 'dikejutkan' dengan rumah terbuka di rumah tok&opah @ kampung jambu.
hahaha..ingat open house simple2 jew. Upe2nyer leh wat majlis kenduri kawen ni.he2..
Memang meriah...! Bab makan tak leh nak citer la..macam2 ada..
Sental punyer sental pai sakit lagik perut aku ni.
Gemuk tak jugak! hu3. Husband aku ye la..bertambah2 tome... ngeee...(jangan marah ucuk!)
Malam lak, poteng kek sempena besday abg pian (biras aku).
Jeng..jeng..jeng..xsangka lak, nama aku pun 'ditumpangkan' skali tuk besday aku (w/pun blum lg b'day aku).
hakhakhak...walaupun nama aku dekat kek tu xdak, tapi aku potong gak..
huhuhu..sedey..maklum la..ahli baru. xregister lagik.
Semakin meningkat dah umo aku ni...tapi always young! hahaha..
Syioknyer!!!
nyum nyum nyum!! |
Thursday, September 30, 2010
Tatacara Pengurusan Penyenggaraan & Keceriaan Makmal
- Pastikan Bahan/Peralatan/Radas disusun dalam keadaan baik, bersih, sempurna dan teratur.
- Alat Pemadam Api dari jenis yang betul, sempurna, diperiksa dan diperakukan oleh Jabatan Bomba secara berkala.
- Sistem gas, elektrik, air dan lain-lain kemudahan asas hendaklah sentiasa berada dalam keadaaan optimum sebelum digunakan.
- Peralatan dan radas hendaklah dibersihkan sebelum penyimpanan dilakukan.
- Penyimpanan peralatan, radas dan bahan ke tempat simpanan yang betul.
- Ruangan Bilik Persediaan Sains hendaklah dibersihkan setelah selesai semua aktiviti-aktiviti ujikaji dijalankan.
- Memastikan bilik-bilik makmal dalam keadaan bersih dan sempurna setelah selesai sesi pembelajaran dijalankan.
- Aspek keceriaan bilik-bilik makmal dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Wednesday, September 29, 2010
:: Lirik Lagu Kita ::
Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu
Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita...
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu
Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita...
Tuesday, September 28, 2010
betol ker????
Hari ni ada berita yang agak2 leh comfirm n xcomfirm. 50-50 la...
betol ke ni?? aku akan ke sekolah ni...berkhidmat sebagai PM...bukan perdana menteri la...
tapi pembantu makmal jew... :-)
Jadi aku terus search sekolah ni...
teka2...sekolah pe?? hurrmmm...baru ura2 la...xtaw tol ke x...
betol ke ni?? aku akan ke sekolah ni...berkhidmat sebagai PM...bukan perdana menteri la...
tapi pembantu makmal jew... :-)
Jadi aku terus search sekolah ni...
teka2...sekolah pe?? hurrmmm...baru ura2 la...xtaw tol ke x...
Sunday, September 26, 2010
nset Neonode N2
Menjual telefon bimbit touch screen...
HARGA : RM269 (tidak termasuk kos penghantaran)
Spesifikasi nset seperti di bawah :-
Ada 4 warna = Biru, Hijau, Merah & Hitam.
Model : Neonode N2 (Limited Edition)
Works as USB Flash Drive up to 32GB, 2 Megapixel fixed focus Samsung camera, Handy Design (dimensions:47x77x14.7 mm ; Weight:Approx 60gm)
True Media Capacity : MiniSD-card storage (up to 32GB) , Upgradable through internet.
Powered by : Microsoft Windows CE
Saiz die lebih kurang sebesar tapak tangan jew... tengok picture kat bawah nie..kecik n comel..macam ipod
or mp3..
dan jangan riso!! ada waranty 6 bulan..nset baru n ori lagi...Aksesori die ada kabel, charger n handsfree.
Charger |
Warranty Card |
Kabel USB |
Handsfree |
Subscribe to:
Posts (Atom)